SI IKAN COMEL..SI IKAN KALOI...CUBA CLICK KT KEPALA DIA..HEE

Friday, February 20, 2009

Perasaan hati..

Setiap kali kita dimainkan oleh perasaan hati, apa yang kita fikir dan lakukan. Sesekali mungkin kita berfikir apakah rasionalnya tindakan yang akan dan perlu kita ambil..

Mencari satu jawapan dalam satu persoalan bukanlah semudah yang kita sangka. Umpama mengekang letusan gunung berapi yang pasti merempuhi apa jua halangan. Hilang pertimbangan membuatkan kita akan menyesalinya sepanjang hayat. Akal fikiran yang dipenuhi tuntutan nafsu, menutup kewajaran sebenarnya yang perlu diambil.

Pandang kebelakang lihatlah masa silam kita. Renungkan kehadapan melihat arah tujuan kita. Dongaklah keatas mencari sinarNYA agar dapat menyuluhi perjalanan kita ini. Hanya kita sahaja yang melupai kekuasaanNYA dan DIA sentiasa merahmati kita sebagai hambaNYA. Sesungguhnya yang baik datang dariNYA dan yang buruk itu datangnya dari kelemahan dan kekhilafan kita sendiri..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...