SI IKAN COMEL..SI IKAN KALOI...CUBA CLICK KT KEPALA DIA..HEE

Thursday, May 10, 2012

Khas buat Mak & Ayah.....

Khas buat Mak & Ayah.....
Mak & Ayah.. 
merupakan hadiah yang paling termahal & terindah dari Penciptaku dalam hidup ini. Tiada yang tertanding. Yang paling berharga, apabila hadiah ini  diterima sebelum saya lahir ke dunia lagi. Mak & Ayah adalah amanat dari Allah yang perlu kujaga sebaiknya agar ianya sentiasa berada di dalam keadaan baik & sempurna sepertimana Allah pinjamkan kepadaku pada awalnya.....




Mak & Ayah,
ku mohon maaf andai diriku masih belum tergolong dikalangan anak-anak yang soleh & solehah. Saya miskin harta & tak punya apa. Tetapi, apa yang aku ada hanyalah, Allah SWT. Dia kaya & Dia ada segalanya untuk apa yang aku tak punya. Ku berdoa moga Mak & Ayah sentiasa berada di dalam lindungan, penjagaan, kasih sayang, cinta & redha Ilahi hingga ke akhirnya. Hanya doa yang mampu kukirimkan tanda ingatan & kasih sayang yang tulus berpanjangan & tiada bertepian....

Selamat hari EMAK....:)

Saturday, September 24, 2011

sekadar hobi dan suka2..:))

lg sample kad kahwen utk kawan2 nak tempah design just pm me..
(harga utk kawan2 boley runding)
kad lipat 3







Saturday, July 9, 2011

Hati Kita Sekarang Milik Siapa???

AWAS!!!

Saban hari kita melalui hari yang kian singkat dan tanpa sedar mungkin dalam hati kita telah jauh kita lari dari tujuan sebenar hidup kita sebagai khalifah Allah.
- mengenal Allah
- beribadat kpd Allah
- mensyukuri nikmat Allah
dan dalam dunia terhidang pelbagai kenikmatannya di depan mata,
kadangkala membuatkan kita alpa terhadap perjuangan sebenar kita iaitu
hidup utk Allah dan mati utk Allah
dengan segala perhiasan itu memanggil- manggil hati kita untuk lebih
mencintai perhiasan itu lebih dari PenciptaNya..
Sejauh mana dalam sehari kita berfikir akan sesuatu yg kita sudah lakukan mahupun kita akan lakukan , adakah ia membawa kpd keredhaan Allah??

sdgkan kita diciptakan-NYA

sdgkan kita dipelihara-Nya

sdgkan kita pasti akan kembali kpd-Nya..

namun kita sungguh terlena dengan dunia
namun kita benar kadangkala mencintai yg lain selain Allah
namun kita tak sabar dalam penderitaan
tak bersyukur akan kelebihan...

dan sekarang tanyalah hati sendiri...kamu Milik Siapa??

Jangan bersedih jika Allah hilangkan kamu dengan cinta manusia, mungkin Allah menjauhkan kau dgn dia kerana Dia ingin kau kembali pada cinta-Nya..

Tidak ada yg dapat memalingkan hati kita dari cinta nafsu, cinta dunia dan cinta yang menyebabkan kita jauh dari Allah, melainkan rasa takut dan rasa cinta kpd Allah dan perasaan itu adalah Taqwa...

Penuhilah jiwamu dengan satu rindu, peliharalah dirimu dengan satu CINTA..
Jangan sombong dgn Allah, jangan biarkan hatimu melupakan ALLAH..
CINTA itu bukanlah suatu yang haram, Allah lebih tahu akan diri CIPTAAN-NYA..
Allah itu mensyariatkan perkahwinan..kepada Nabi dan semua manusia..

dan ingatlah..tanda kau telah mendapat cinta sejati ialah....
'' Cinta itu membawa kau lebih dekat dgn ALLAH, bkn menjauhkan kau dari ALLAH''

Itulah cinta sejati, yg dibina atas dasar Iman, dipelihara dengan Taqwa, dihias dgn akhlak yg baik''

Itulah CINTA yg bakal membawamu..hatimu lebih dekat dgn Allah...dan membawamu ke syurga..

Saturday, May 21, 2011

Sample wedding card

sample 3

Sample 1
(nama yg diletakkan tidak ada kaitan dgn sesiapa samada yg hidup @ yg telah tiada..hehehe)


Sample 2

Saturday, April 30, 2011

Mungkin sesuatu yang kelihatan sederhana pada pandangan mata, tetapi sangat cantik bila dipandang dengan mata hati. Begitulah rasa hati…

bunga telipok depan umah...>_<

black and white....

orkidlah....

bunga yang mak tanam (ntah apa nama dia..hee)

bunga raya (bunga kebangsaan)

buah mempelam kat umah..

buah mempelam lagi..
.
lagi dan lagi...

Friday, April 29, 2011

my new life..



jeng....jeng...jeng...dah lama aku x updated blog aku neh..bkn apa xdak idea nk conteng2 lah...
segalanya telah merubah..pengalaman dan kisah masa lalu byk merubahkan diri aku..yg lepas biarlah lepas dan xperlu nak diungkit lg...bak kata org nogori...jadikan konangan lamo...hehehe
dan di sinilah bermulanya life baru aku..jauh aku membawa diri ke negeri borneo..sabah di bawah bayu...(tik tok tik tok)...dengar bunyi jam je kt sebelah neh..apa lagi aku nk merepek malam2 neh...haaa..pic kt atas tur..kengkawan aku kat tempat keja..semuanya masih dara pungutan..hihihi (nk stop le..malas nk merepek lg)
semoga apa yg di lalui hari ini akan menjadi pengalaman utk aku lalui pd masa akan datang...
semoga hari esok lebih baik dari hari dan lepas2...amin ya rabbal al amin~~
untuk kengkawan dan diri sendiri ~~All the best!!~~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...