Wednesday, April 22, 2009
Monday, April 13, 2009
external assment..
wajah kerisauan sebelum presentation..
saat-saat mendebarkan..
suasana sekeliling..
this is my fynal project..
Saturday, March 7, 2009
Friday, February 20, 2009
Jangan menangis...senyumlah dengan hari-harimu..
Dapat ku bayangkan, sesungguhnya tiada seorang pun yang membuatkan aku menangis.Tetapi hanya satu yang aku bayangkan, dikala seseorang itu selalu membuat ku sentiasa tersenyum.Bukan tangisan yang aku mau, tetapi kebahagiaan yang selalu ada dalam hati.Apa yang kurasakan saat ini atau saat yang akan datang, seseorang itu ada dalam hati ku. Aku tak mau membuatnya bersedih , disebabkan aku masih lagi mengalami kesedihan itu. Aku akan menunjukkan kepada seseorang itu , bahawa aku dalam keadaan bahagia…bahagia…bahagia. Sesungguhnya aku tidak mau membuat seseorang itu turut mengalami kesedihan yang aku alami kerana aku sangat menyayanginya. Sekali lagi aku sangat menyayanginya dan cukuplah aku yang akan menanggung kesedihan itu.
Kau terbaik buatku dan aku juga yakin bahwa aku juga terbaik buatmu.
aku tak sanggup buat kau bersedih..
Perasaan hati..
Setiap kali kita dimainkan oleh perasaan hati, apa yang kita fikir dan lakukan. Sesekali mungkin kita berfikir apakah rasionalnya tindakan yang akan dan perlu kita ambil..
Mencari satu jawapan dalam satu persoalan bukanlah semudah yang kita sangka. Umpama mengekang letusan gunung berapi yang pasti merempuhi apa jua halangan. Hilang pertimbangan membuatkan kita akan menyesalinya sepanjang hayat. Akal fikiran yang dipenuhi tuntutan nafsu, menutup kewajaran sebenarnya yang perlu diambil.
Pandang kebelakang lihatlah masa silam kita. Renungkan kehadapan melihat arah tujuan kita. Dongaklah keatas mencari sinarNYA agar dapat menyuluhi perjalanan kita ini. Hanya kita sahaja yang melupai kekuasaanNYA dan DIA sentiasa merahmati kita sebagai hambaNYA. Sesungguhnya yang baik datang dariNYA dan yang buruk itu datangnya dari kelemahan dan kekhilafan kita sendiri..
Thursday, February 19, 2009
Friday, February 13, 2009
Monday, February 9, 2009
semOga Allah sentiasa mengiringi dan melindungi perjalanan hidup kita..
Tuesday, February 3, 2009
Saturday, January 24, 2009
aku ingin terbang...
Hidup adalah pilihan..
Memilih untuk kebahagiaan atau kesengsaraan, untuk dipulihkan atau menyimpan kepahitan,
untuk mengampuni atau terus berdendam..
Hidup adalah masalah pilihan. semua akan merasa Kebahagiaan , yang sejati tak jauh dari jangkauan. Cinta kasih juga akan dimiliki, namun dendam dan amarah juga akan kita alami..
Hidup adalah masalah pilihan. Bagaimana untuk menjalani kehidupan. Bagaimana untuk menghabiskan seluruh waktu. Bagaimana mencapai impian dan bagimana kita memandang kehidupan. Ada orang yang menganggap kehidupan sebagai angin yang berhembus, datang dan yang pergi. Tak dapat diselami..
Ada yg beranggapan kehidupan sebagai medan peperangan. Di mana ia harus berjuang tanpa henti.Tanpa kedamaian di hati.
Sementara yang lain menganggap kehidupan sebagai kutuk dari Yang Mahakuasa. Hidup tak lagi bererti bagi dirinya.. Air mata mengalir siang dan malam, sebab hanyalah duka nestapa yang ada...
Bagiku..
Kehidupan adalah suatu emas yang mulia. Harta yg sangat berharga. Anugerah dari Ilahi yang tak tertandingi.. Jalani kehidupan dengan usaha dan impian. Berjalan bersama Pencipta. Berserah sepenuhnya. Melangkah setapak demi setapak. Sampai didapati mahkota kemuliannya..
Yang manakah yang Anda pilih?
Tanyalah pada diri sendiri
Dan jalanilah hidup Anda…..